Coretan: Tahun 2, Semester 3


Assalamualaikum ^^ 



Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun dua aku sambung belajar. Rasanya baru minggu lepas aku seronok berorientasi. Tapi rupanya dah setahun masa itu berlalu. 😮

Dan seperti mana yang korang tahu, aku budak lepasan diploma. Habis diploma baru aku sambung degree. Apa yang boleh aku katakan dunia diploma dan dunia degree sangatlah berbeza. Zaman diploma korang boleh main-main, belajar pun seronok je sebab pensyarah boleh dikatakan sporting dan pensyarah boleh 'suap-suap' kau lagi.

Tapi bila masuk degree nih, semua benda kau kena belajar sendiri. Pensyarah cuma tunjuk jalan dan yang akan lalui jalan tuh, kau sendiri. Kalau kau nak tahu, masa degree nih, pensyarah tak pernah bagi spot soalan yang mana akan masuk exam. Kalau ada yang bagi pun, mesti berbeza. Contoh, Pensyarah nih cakap, tengok soalan nih, saya ada letak dalam exam. Soalan yang nih tak payah tengok. Takde dalam exam. Tapi bila tiba hari exam, soalan yang dikatakan takde tu lah yang ada dalam exam. 😂 

Sepanjang semester dua banyaklah jugak air mata aku keluar. Puncanya, sebab stress tengok orang sekeliling rajin sangat belajar dan rasa macam aku nih tak berguna pun ada kadang kala. Tapi bila fikir balik, chill lah. Kenapa harus takut dengan diri sendiri disebabkan kehebatan orang lain ? 


Azam baru untuk semester baru ? hmmmmmmm, cuma berharap yang diri sendiri boleh belajar rajin-rajin, kurangkan main, kurangkan kacau orang dan yang paling paling tingkatkan pointer. Pointer tuh dinaikkan bukan sebab untuk mudah cari kerja, tapi untuk kepuasan diri sendiri. So, Fighting !!! 




Semester kali nih, aku pindah kolej. Dari Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (Kolej Ketiga) ke Kolej Kediaman Za'ba (Kolej Ketujuh). Dulu sebilik dua orang, tapi sekarang, sebilik tiga orang. Dan bilik sekarang lagi besar dari bilik yang dulu. Harap-harap mampu hidp dan bertahan di kolej nih. Mohon bersyukur dapat kolej. Ramai lagi manusa yang tak dapat kolej dan terpaksa uduk luar dan ada lagi yang takdapat tempat tiggal.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. Bestnya, sambung degree..hehee~
    Jom join Giveaway Nona ~

    ReplyDelete
  2. all the best for ur new semester kim chaa!!! enjoy ur life as a college student! hehehehhe

    ReplyDelete
  3. all the best Kim Chaa! Hana pun dah lama tak blogwalking sini sebab baru aktif blogging balik juga :) sekali ngan edit blog, nanti Hana masukkan balik link blog Kim Chaa ni

    ReplyDelete
  4. Assalam.

    selamat belajar ! eh .....
    rindu pulak zaman study!

    ReplyDelete
  5. all the best sis... semoga sampai ke puncak jaya dgn cemerlang

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^